Tuesday, November 29, 2016


Bas lompat-lompat, lama dah saya tak naik bas macam ni.

Oleh kerana balik dari Melaka tempoh hari tumpang kereta adik, maka terpaksalah balik pi rumah dia saja. Dia dok Penang, saya dok Kedah. Tu bila nak balik pi Kedah, kenalah naik. bas.

 Dari kampung dia, kena tunggu tepi jalan kat bas stop. Dekat sejam jugak baru bas mai. Naik bas dari kampung pi Jetty. Rupanya Jetty tu nama lama. Nama baru Penang Central. Atas bas saya dengan anak saya saja orang tempatan. Yang lain-lain Pendatang. Lebih kurang setengah jam baru sampai Penang Central.

Kat Penang Central tunggu pulak bas balik Kedah, Sg.Petani. Lebih sejam baru bas Mai. Naik lah saya bas yang di tunggu-tunggu tu. Tiga orang penumpang saja, Saya, anak saya dan bang gela sorang. Tampang RM4.30 se orang.Dengan kutipan RM12.90 bas tu bertolak pi Sg.Petani, Kedah. Pi kot lebuh raya pulak tu.

Otak saya dok terpikiaq, boleh bertahan ka company ni.

Nampaknya bas macam ni akan untung bila minyak naik RM10.00 satu liter. Pas tu yg dok naik keta sorang2, mesti naik bas saja.

Thursday, November 17, 2016



Lama dah tak kerobek pasai network & internet , ada kawan suruh tengok sat awat dia tak leh dapat internet, kerobek punya kerobek dapat lah masuk internet. Ni pasai yellow triangle.

Tuesday, November 15, 2016


Assalamualaikum, suatu amalan yang sangat-sangat Allah cintai, "Solat di Awal Waktu". Mari sama-sama kita amalkan.

Sunday, November 13, 2016



Assalamualaikum

Suatu kalimah yang mudah di sebut, dan amat di sukai oleh Allah. Marilah sama-sama kita amalkan.

Wednesday, November 9, 2016

Azam Tahun Baru



Assalamualaikum..

Selamat datang ke Bicara Walid. Sebuah blog dari orang tua yang tinggal di Kg. Simpor, Tikam Batu, Kedah. Di sini saya ingin berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Blog ini masih baru, nantikan post saya seterusnya.

Zamat Din